

Kisah Kami
INFO SYARIKAT

Perniagaan Emas Fikri Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar dibawah Akta Pendaftar Perniagaan 1965. Emas Fikri memulakan operasi pada 1 Jan 2016 dengan nama “KB Gold” sebelum ditukar pada “Emas Fikri” sebagai sebahagian proses penjenamaan semula pada tahun 2020.
Emas Fikri menawarkan servis jualan barang kemas baru. Pelanggan kami boleh memilih untuk membuat pembelian secara tunai atau ansuran. Untuk pembelian secara ansuran, pelanggan boleh membuat pembayaran secara fleksibel mengikut kemampuan pelanggan itu sendiri.
Selain itu, Emas Fikri juga sedia membeli emas lama/rosak dari mutu 375 sehingga 999.9 dengan harga tertinggi di pasaran. Untuk pelanggan yang ingin menukarkan emas lama/rosak kepada tunai boleh datang ke kedai kami untuk proses selanjutnya.
Visi & Misi
Visi Kami
Menjadi peneraju utama dalam industri emas di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan jual beli emas yang telus, berkualiti, dan dipercayai oleh pelanggan.
Misi Kami
- Menyediakan koleksi barang kemas berkualiti tinggi dengan reka bentuk eksklusif dan harga berpatutan.
- Memberikan pilihan pembayaran yang fleksibel bagi memudahkan pelanggan memiliki emas impian mereka.
- Menawarkan harga tertinggi untuk pembelian emas lama/rosak bagi memberi nilai terbaik kepada pelanggan.
Objektif Kami
Membantu peminat barang kemas memiliki koleksi idaman mereka melalui pelan ansuran yang mudah, fleksibel, dan patuh syariah. Kami menyediakan pilihan pembayaran yang tidak membebankan, membolehkan pelanggan membuat bayaran mengikut kemampuan mereka. Dengan menawarkan harga yang kompetitif serta berpatutan, kami memastikan setiap pelanggan dapat memiliki barang kemas berkualiti tinggi dengan nilai terbaik.